Monday 12 November 2012

kita semua sama



termenung seketika,
menunggu sesuatu yang tiada pastinya,
sunyi sejenak, sesekali titisan air
memecah sepi.
aku kebosanan lalu melangkah
pergi meninggalkan kebuntuan ku tadi,
mengatur langkah kiri dan kanan.
tiada tujuan, tiada keruan.
dimana berhentinya, disitulah aku
fikiran masih dibelenggu kekosongan.


malangnya aku bukan perokok untuk mengepam
asap keresahan dan menghembus nafas kenikmatan
mungkin itulah kepuasan bagi si perokok.
jadi aku duduk termenung sekali lagi,
memerhatikan saudara sehamba dengan ku yang terkejar-kejar ke sana dan sini,
mengejar masa, mengejar waktu.
tanpa mengira agama, bangsa dan politik.
masing-masing dengan perihal mereka,
aku masih disitu.


dari tepi memerhatikan gelagat mereka,
walaupun mempunyai nasib berbeza,
walaupun pegangan yang berbeza,
walaupun pendapat yang berbeza,
baru aku sedar,
mereka adalah sama, sama seperti ku
tiada perbezaan pun dengan ku,
perbezaan itu dan ini cuba label manusia
kerana kita semua adalah hamba kepadaNya.


*13/11/2012 bersyukur aku masih bernafas hari  ini

Thursday 8 November 2012

kalau boleh?


masalah dan bermasalah
aku kalah untuk menghadapi masalah,
bimbang, resah, gelisah mula membelenggu,
jiwa mula memberontak,
memberontak tidak berotak,
terpekik terlolong,
tiada siapa yang tolong,
fikiran mula berkecamuk,
hati mula remuk,

ingin saja aku lari dari masalah,
tetapi bagaimana? dimana?
ingin saja aku terbang tinggi,
lupakan segala masalah,
melihat keindahan alam dari atas,
semuanya kecil seperti semut,
aku mula lupa akan masalah,
jika diberi peluang,
aku tidak mahu untuk kembali lagi,
kembali menghadap hirisan duniawi!

"kehidupan yang berterusan"

malam telah memanggil tubuhku,
aku yang lemah terbaring dalam kelam dalam terang,
menyisir rentak langkah terkaku terus membisu,
tiada jawapan untuk kenyataan,
melihat dunia dalam kegilaan,
jauh meninggalkan jejak-jejak yang diatur,
pada hari yang mendatang,
meneruskan hidup satu kepastian .

kehadapan bulan jatuh !


kehadapan bulan jatuh,
yang setia melintangi pandangan aku,
dan melanggar batas kewarasan,
sehingga hancur apa yang diimpi,
dari merangkak hingga berlari aku cipta,
sehari?
seminggu?
sebulan?
setahun?
tak terkira usianya.

perlahan-lahan aku susun semula,
mengutip, mencari,
serpihan-serpihan itu yang berkecai,
berderai,
terkulai, terburai
yang berselerakan,
aku bina semula
menjadi seperti sedia kala,
dengan rasa hina,
dengan rasa sedih,
diperlakukan sedemikian.

aku mengerti apa yang ada dalam
kepala bahalolmu,
simpan saja kata-kata jawapan
dalam otak celakamu itu.

kehadapan bulan jatuh,
selamat menghadapi kejatuhanmu,
aku harap tertiarap terus,
kerana aku mahu kau pergi mampus.

Monday 22 October 2012

TELUK INTAN

Hati, akal dan fikiran aku berada di Teluk Intan. 
Rindu akan kampung halaman !

Friday 19 October 2012

"kalaulah"

Kalaulah aku punya sayap, akan aku turut saja semua permintaan kamu.
'Berbaring di bulan' atau 'hang out di bintang' atau 'berjumpa saudara jauhmu di Pluto'
Aku akan lakukan apa saja untuk kamu.

Kalaulah aku punya kuasa, akan ku turut saja semua permintaan kamu.
'Bawa kau terbang' atau 'bawa kau melintasi setiap garisan awan' atau 'melindungi engkau setiap masa'
Aku akan lakukan apa saja untuk kamu.

Walaupun aku bukan yang istimewa buat kamu.
Walaupun tidak aku luahkan isi hati ini.
Aku cuma takut kehilangan engkau.
Aku cuma takut engkau tidak setia.
Aku cuma takut engkau berpaling.
Biarkan saja saat ini berlalu.
Masanya belum tiba untuk aku bukti.
Suatu hari nanti pasti.

Saat ini aku cuma ada kata.
Tetapi aku berjanji selagi kau setia,
Akan aku lakukan apa saja untuk kamu.


*seharian tanpa entri, hari ini aku membawa erti.
*aku, kau, engkau dan kamu ...

Wednesday 17 October 2012

"Bukankah curiga itu terbunuh ketika kita bersapa"

- Usman Awang

Monday 15 October 2012

Aku, Sekarang dan Masa Lalu

Aku bertanya kepada diri aku sendiri. Jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu dan jadi sebagai diri aku sendiri dengan akal, minda, pendirian dan roh yang aku sedia ada sekarang, apa yang akan aku lakukan ketika itu? Patutkah aku mengubah nasib aku ketika itu? Patutkah aku matang ketika itu? Patutkah aku belajar bersungguh-sungguh ketika itu? Patutkah aku lebih berdikari ketika itu? Persoalan itu dan ini bermain di fikiran aku, patutkah? haruskah? Kenapa aku pernah gagal dulu? Kenapa aku lalai dulu? Kenapa aku itu? Kenapa aku ini? Kenapa?! Perlu kiranya aku ubah sendiri pendirian aku dari sekarang. Jika aku ubah masa lalu aku, apa yang akan jadi kepada aku nanti? Terang atau Gelap ?

*sejujurnya aku sebak memikirkan aku yang dulu...

Sunday 14 October 2012

Untitled

wajah baru, muka baru, semangat baru, peace !

"broken hearted"

baru sekarang otakku rasa bernafas, 
baru sekarang dadaku rasa lapang,
baru sekarang jantungku rasa bernyawa,
mungkin hati yang telah aku berikan untuk kau 
jaga dahulu sudah kembali kepada aku,
biar aku rawat lukanya, 
dan terus memujuk hati aku kembali,
pulih seperti sedia kala,
kerana aku sudah terbiasa
sendiri.


*denyutan jantung laju, panahan tepat didada seakan-akan 
  luka yang hampir kering lukanya merangkak kembali kepada ku.



Saturday 13 October 2012

Freakery @ Mohd Fakri - Tak Mengapa (ost kami the series)
*mengambil masa 2 tahun untuk aku temui ...  

Thursday 11 October 2012

"lelaki di depan cermin"

Termenung, membisu, buntu ...
Kesian aku melihat wajah lesu seorang lelaki dihadapan cermin ini,
Kesedihan terpancar di wajah tak terluah,
Matanya merah menahan menangisnya,
Mulutnya kelu seribu bahasa.
Genggam tangannya menahan rasa,

Aku cuba hampiri lelaki ini, 
dan cuba menenangkannya,
Dia mula menceritakan apa yang telah berlaku,
Dia meluahkan rasa kecewanya.
Dikecewakan oleh seorang perempuan,

Setelah dia berjanji mahu meninggalkan kelalaian dunia,
Semata-mata mahu berubah bersama perempuan itu ke jalan Tuhan,
Malangnya perempuan itu pula berpaling muka bersama lelaki lain,

Bagi aku itu adalah perubahan paling mulia seorang lelaki kepada buah hatinya,
Malangnya dipermainkan.
Makin parah aku rasa. 

Mukanya merah menahan perasaan,
Air mata mula membasahi pipi,
Suara serak menahan kecewa,
Tangannya menggeletar tak keruan,
Dengan sedayanya dia meluahkan segala yang terbuku dihati .

Rasa kecewa ditinggalkan oleh seorang perempuan,
Hatinya seperti dihiris, dipahat luka.

Aku mengerti tentang kepedihannya,
Kerana aku pernah menghadapinya,
Atau lebih tepat sedang menghadapinya
Kerana lelaki didepan cermin itu adalah

Aku.

2012.

Wednesday 10 October 2012

E N D

Buat engkau yang pernah aku panggil cinta,
Selamat mati engkau dari ingatan, 
Selamat Bahagia. end

Tuesday 9 October 2012

M A S A L A H

sekarang, detik ini, seterusnya dan seterus-seterusnya, aku memilih untuk mendiamkan diri. titik noktah.

"sahabat yang fuckimak"

"kawan"
saat kau susah, aku engkau tuju
saat kau senang aku engkau tong sampahkan ... 

Friday 5 October 2012

"keranamu"


dalam keadaan sekarang aku bisu, membisu mungkin?
tak mampu berkata-kata, sejujurnya aku hilang perkataan,
lirik lagu ini seolah-olah memahami aku, 
tidak lupa juga, aku rindu akan mereka yang bergelar "bau"



Thursday 4 October 2012

aku lelaki, kau perempuan,
aku ada ego, kau ada ego,
jom kita main lego !!

*ini bukan puisi...

Wednesday 3 October 2012

#24 September

Perlahan-lahan aku susun semula,
serpihan-serpihan hati yang berkecai,berderai,
yang berselerakkan, bersepah,
aku bina semula semangat kaku menjadi sedia kala,
dengan rasa sedih,
dengan rasa hina, dengan perasaan tidak menentu,
diperlakukan sedemikian,Buat engkau yang pernah ku panggil cinta 
terima kasih untuk semua ini...


#buat semangat yang hilang 24 September 


Saturday 29 September 2012

"erti kawan dan lawan"

saat kau dalam kesusahan,
pandang kiri pandang kanan,
siapa yang lari, siapa yang mainkan peranan,
siapa kawan? siapa lawan?
sudah terang lagi disuluh,
pilih sendiri...

Thursday 20 September 2012

serangkap dua duka.


duka ini masih merah lukanya,
perlahan-lahan darahnya mengalir,
memahat hati yang masih basah lukanya,

serangkap kata buat duka,
ku biarkan ia menjadi parut,
biar mereka tahu betapa seksanya aku,
biar mereka tahu betapa resahnya aku,
hanya mampu mengungkap kata dalam puisi
mereka tidak tahu aku menangis ketika menulis puisi ini.


Saturday 15 September 2012

kawan dan lawan



'baling batu sembunyi tangan'
bermulalah perang tuduh menuduh
jari telunjuk menuding jari
yang terkena tempias mula menegakkan jari tengah,
disitu nyatanya kawan dan lawan,
mengangkat ibu jari si batu api.  

Friday 7 September 2012

M A N U S I A - D A N - N A F S U - S E R A K A H

Mereka...
Berlumba-lumba mengejar duniawi,
Tamakkan keduniaan,

Pandai bermain kata,
Pandai berhutang janji,
Mengejar kemahsyuran,
Kebenarannya mereka gila kuasa!

Mereka tidak ubah seperti golongan
Kapitalis yang mementingkan diri,
Bukan wang yang dicari tapi
Kepuasan diri yang menguasai diri
Menggila!

Nepotisme amalan diri.
Mereka hanya hidup dalam 'dunia' mereka
Pernah mereka fikir tentang manusia lain?
Tidak sama sekali !
Dimata mereka hanya kepuasan diri,
Tamak haloba menguasai diri,
Tenanglah wahai hati
Ketika kau dizalimi.

Hari ini mungkin mereka tidak nampak,
Kerana ketabsuban mereka dengan duniawi,
Kerana mereka dikelilingi dengan si gila
Dan kerana itu mereka menjadi buta!

Lahanat !


Pandai mereka memecah buntu.
Sehingga tercipta ideologi busuk.
Dizahirkan untuk kepentingan diri.
Mengejar kemahsyuran.
Mengejar kemegahan.
Pemikiran kolot tiada pendirian.
Batu api masih dianggap relevan.
Irama jaki didendangkan.
Puisi kotor dilagukan.
Kata-kata berbau penipuan.
Yang diungkapkan demi kepentingan !
Sedarlah akan hari mendatang.
Akan tiba masanya untuk kejatuhan engkau !
Lahanat !

"Kehidupan"


kadang - kadang hidup ini
tidak seperti yang diduga,
kadang - kadang diluar
jangkaan manusia,
sekejap diatas,
sekejap dibawah,
sekejap happy,
sekejap sedih,
sekejap susah,
sekejap senang,
semuanya sekejap,
tetapi untuk hadapinya
memakan masa yang panjang,
walaubagaimana sekalipun
keadaannya
bersedialah untuk
menghadapi "kehidupan"

K A W A N


diberi peluang masih di takuk lama,
ego engkau tetap menebal kawan.

masih tidak waras, masih sama,
apa yang boleh ku katakan

terima kasih kawan, terima kasih lawan
terima kasih "pemimpin", terima kasih kambing

Manis dan Masin


Termenung.

Ruang yang masih relevan untuk mengisi kekosongan.

Kehidupan.

Memikir akan hari-hari mendatang
Mampukah aku untuk menghadapi arus realiti?
Mampukah aku untuk menghadapi arus kehidupan yang tidak menentu?

Duniawi.

Kehidupan sementara yang penuh dengan kata-kata manis bergulakan mimpi
Aku cuba menghadam kata-katanya
Ternyata manis bila berkata-kata,
Masin bila berjanji.


Thursday 9 August 2012

"Memahat Ilmu"


Untuk memahat ilmu di dada
Segalanya bermula dari bawah,
Jangan sesekali bodoh sombong,
Kenali dahulu erti bersusah payah,
Jangan angkuh menuruni bukit dari puncak,
Jangan terlalu selesa berada diatas,
Sedang engkau terbuai-buai terbang tinggi,
Ada pemburu yang memerhati,
Hati-hati !