Monday 12 November 2012

kita semua sama



termenung seketika,
menunggu sesuatu yang tiada pastinya,
sunyi sejenak, sesekali titisan air
memecah sepi.
aku kebosanan lalu melangkah
pergi meninggalkan kebuntuan ku tadi,
mengatur langkah kiri dan kanan.
tiada tujuan, tiada keruan.
dimana berhentinya, disitulah aku
fikiran masih dibelenggu kekosongan.


malangnya aku bukan perokok untuk mengepam
asap keresahan dan menghembus nafas kenikmatan
mungkin itulah kepuasan bagi si perokok.
jadi aku duduk termenung sekali lagi,
memerhatikan saudara sehamba dengan ku yang terkejar-kejar ke sana dan sini,
mengejar masa, mengejar waktu.
tanpa mengira agama, bangsa dan politik.
masing-masing dengan perihal mereka,
aku masih disitu.


dari tepi memerhatikan gelagat mereka,
walaupun mempunyai nasib berbeza,
walaupun pegangan yang berbeza,
walaupun pendapat yang berbeza,
baru aku sedar,
mereka adalah sama, sama seperti ku
tiada perbezaan pun dengan ku,
perbezaan itu dan ini cuba label manusia
kerana kita semua adalah hamba kepadaNya.


*13/11/2012 bersyukur aku masih bernafas hari  ini

Thursday 8 November 2012

kalau boleh?


masalah dan bermasalah
aku kalah untuk menghadapi masalah,
bimbang, resah, gelisah mula membelenggu,
jiwa mula memberontak,
memberontak tidak berotak,
terpekik terlolong,
tiada siapa yang tolong,
fikiran mula berkecamuk,
hati mula remuk,

ingin saja aku lari dari masalah,
tetapi bagaimana? dimana?
ingin saja aku terbang tinggi,
lupakan segala masalah,
melihat keindahan alam dari atas,
semuanya kecil seperti semut,
aku mula lupa akan masalah,
jika diberi peluang,
aku tidak mahu untuk kembali lagi,
kembali menghadap hirisan duniawi!

"kehidupan yang berterusan"

malam telah memanggil tubuhku,
aku yang lemah terbaring dalam kelam dalam terang,
menyisir rentak langkah terkaku terus membisu,
tiada jawapan untuk kenyataan,
melihat dunia dalam kegilaan,
jauh meninggalkan jejak-jejak yang diatur,
pada hari yang mendatang,
meneruskan hidup satu kepastian .

kehadapan bulan jatuh !


kehadapan bulan jatuh,
yang setia melintangi pandangan aku,
dan melanggar batas kewarasan,
sehingga hancur apa yang diimpi,
dari merangkak hingga berlari aku cipta,
sehari?
seminggu?
sebulan?
setahun?
tak terkira usianya.

perlahan-lahan aku susun semula,
mengutip, mencari,
serpihan-serpihan itu yang berkecai,
berderai,
terkulai, terburai
yang berselerakan,
aku bina semula
menjadi seperti sedia kala,
dengan rasa hina,
dengan rasa sedih,
diperlakukan sedemikian.

aku mengerti apa yang ada dalam
kepala bahalolmu,
simpan saja kata-kata jawapan
dalam otak celakamu itu.

kehadapan bulan jatuh,
selamat menghadapi kejatuhanmu,
aku harap tertiarap terus,
kerana aku mahu kau pergi mampus.