Sunday 20 October 2013

Suatu Hari Nanti...

Aku pasti punya masalah,
setiap kali berhadapan dengannya,
jatuh hati, suka, cinta, sayang... 
Yang aku lihat setiap kali menatap matanya,
redup indah matanya menyimpan seribu rahsia.
di sebalik matanya tersimpan sesuatu yang aku ingini kelak.

Tetapi bagaimana jika kehadiran ku tidak wujud padanya?
Tetapi bagaimana jika aku hanya 'kenal-kenalan' baginya, tidak rapat tidak bersapa. 
Aku sekadar sesuatu yang asing baginya 
Datang dan pergi seperti tidak diperdulikan.

Aku pasti punya masalah,
Setiap kali berhadapan dengannya,
Secara tiba-tiba keberanian ku seakan-akan mati,
tiap kali ingin bersapa, lidah kelu tidak berkata,
tiap kali melihatnya, aku terpegun kaku
langsung aku hanya mampu melihatnya dari jauh.

Setiap kali menatap wajahnya, hati ku mula berdebar-debar,
denyutan jantung seakan-akan mengalir laju.
Setiap kali menatap wajahnya, seakan-akan ada satu daya tarikan
yang menarik mulut ku untuk mengukir senyuman.

Mungkin setiap kali aku melihat, memandang, menatap, dan mengenangnya.
Perasaan cinta itu datang dengan sendirinya.
Hati ku sentiasa berbisik namanya, mulut ku terbuka menyebut namanya,
Akal ku melayang tentangnya. Juga bermimpi tentangnya.

Sengaja aku biarkan perasaan cinta itu,
seperti aku adalah aku yang biasa baginya,
seperti aku adalah aku yang asing baginya,
biarkan segala perasaan cinta, kasih, sayang... Aku sembunyikan darinya.

Jika sekarang aku luahkan rasa ini kepadanya,
aku takut akan kehilangannya. aku takut cintanya berpaling,
aku takut dia tidak setia, dan paling aku takut cinta ku tidak berbalas.

Biarkan saat ini berlalu, tiba masanya nanti akan aku luahkannya kelak,
kerana aku berharap dialah perempuan yang aku cari selama ini,
kerana aku berharap dialah meneman hidup aku kelak, dan
kerana aku berharap dialah bakal pelengkap rusuk kiri kelak.

Insya Allah, dialah sebahagian dari aku kelak.
Amin.