Wednesday 10 September 2014

Selamat Tinggal Bayang-Bayang!

Setelah aku berterus terang.
Setelah aku memberi pengakuan
Bahawa aku cinta akan kamu.
Dan aku mahu mencintai dan dicintai kamu.
Mengharapkan aku dan kamu dapat menikmati keindahan bersama.
Saling melengkapi. Dan menjadi satu!
Namun kamu mula berubah.
Sering kali berdolak dalik untuk memberi jawapan dari pengakuan aku tadi.
Dan semakin teruk
Kamu sudah mula menjauh dari aku.
Saat demi saat.
Kamu sudah mula tidak memerlukan aku.
Minit demi minit
Kamu tidak lagi menceritakan kesedihan kamu kepada aku.
Jam demi jam
Kamu tidak lagi berkongsi kegembiraan kamu kepada aku.
Hari demi hari.
Kamu tidak lagi bertanya khabar kepada aku.
Dan kamu tidak lagi anggap kewujudan aku.
Ternyata aku tidak pernah tercalon di dalam hati kamu.
Ternyata aku tidak layak diberi peluang bagi kamu.
Dan ternyata aku orang yang tidak kamu percayai untuk dicintai.
Ya semuanya Ya.
Dengan berat hati, dan tidak mahu lagi perasaan ini bernanah kembali.
Aku tidak mahu hati ini kian membusuk.
Aku cuba sedikit demi sedikit melenyapkan cebisan sisa-sisa manusia bernama aku dari hidup kamu.
Hilangkan diri dari tawa dan gembira kamu.
Walaupun payah untuk aku melupakan kamu.
Namun inilah masanya untuk aku undur diri.
Selamat tinggal. Semoga bahagia.