Sunday 20 October 2013

Suatu Hari Nanti...

Aku pasti punya masalah,
setiap kali berhadapan dengannya,
jatuh hati, suka, cinta, sayang... 
Yang aku lihat setiap kali menatap matanya,
redup indah matanya menyimpan seribu rahsia.
di sebalik matanya tersimpan sesuatu yang aku ingini kelak.

Tetapi bagaimana jika kehadiran ku tidak wujud padanya?
Tetapi bagaimana jika aku hanya 'kenal-kenalan' baginya, tidak rapat tidak bersapa. 
Aku sekadar sesuatu yang asing baginya 
Datang dan pergi seperti tidak diperdulikan.

Aku pasti punya masalah,
Setiap kali berhadapan dengannya,
Secara tiba-tiba keberanian ku seakan-akan mati,
tiap kali ingin bersapa, lidah kelu tidak berkata,
tiap kali melihatnya, aku terpegun kaku
langsung aku hanya mampu melihatnya dari jauh.

Setiap kali menatap wajahnya, hati ku mula berdebar-debar,
denyutan jantung seakan-akan mengalir laju.
Setiap kali menatap wajahnya, seakan-akan ada satu daya tarikan
yang menarik mulut ku untuk mengukir senyuman.

Mungkin setiap kali aku melihat, memandang, menatap, dan mengenangnya.
Perasaan cinta itu datang dengan sendirinya.
Hati ku sentiasa berbisik namanya, mulut ku terbuka menyebut namanya,
Akal ku melayang tentangnya. Juga bermimpi tentangnya.

Sengaja aku biarkan perasaan cinta itu,
seperti aku adalah aku yang biasa baginya,
seperti aku adalah aku yang asing baginya,
biarkan segala perasaan cinta, kasih, sayang... Aku sembunyikan darinya.

Jika sekarang aku luahkan rasa ini kepadanya,
aku takut akan kehilangannya. aku takut cintanya berpaling,
aku takut dia tidak setia, dan paling aku takut cinta ku tidak berbalas.

Biarkan saat ini berlalu, tiba masanya nanti akan aku luahkannya kelak,
kerana aku berharap dialah perempuan yang aku cari selama ini,
kerana aku berharap dialah meneman hidup aku kelak, dan
kerana aku berharap dialah bakal pelengkap rusuk kiri kelak.

Insya Allah, dialah sebahagian dari aku kelak.
Amin.


Friday 31 May 2013

Resah Semalam

Menarik nafas panjang,
Menghembus nafas resah,
Aku sudah penat untuk menghadap,
Resah,
Masih berpanjangan,
Tiada tanda-tanda untuk berhenti.

Peluh dingin mulai membasahi tubuhku,
Angin malam makin ku dingin,
Menggigil tubuh berpeluk tubuh, 
Rasa terbuku masih membeku 
Mulut membisu lidah terkelu.

Tiada apa hendak ku katakan lagi,
Cuma resah, keluh, kesah
Tak terluah.

Friday 10 May 2013

Darah dan Daging.


Dalam menghadapi hirisan duniawi,
Belas berbalas,
Ungkit-mengungkit sudah menjadi darah daging.

Kosong.


Kenang budi kepada pemberi
Sudah berbudi jangan mengungkit
Apa guna belas berbalas
Engkau tetap kosong pada pandangan tuhan.

Sekarang Adanya Esok.


Menghadapi kehidupan ada turun naiknya,
penuh dengan dugaan,
bermasalah !
melihat dunia dalam kegilaan,
belum tentu kau dan aku dapat menyelesaikannya,
tak perlu mengeluh kerana di sebalik mimpi-mimpi buruk itu
telah tersusun mimpi-mimpi yang indah,
pejamkan mata, lupakan segala masalah,
kerana hari esok masih ada.

Kehidupan.


Kehidupan ialah satu proses berterusan bagi manusia melahirkan pengalaman,

Tiada kehidupan yang diangankan jika gentaran menghadapi cabaran duniawi.
Anggap saja kehidupan mimpi mainan tidur jika jiwa tidak kental menghadapi hirisan duniawi.

Jika kita ketinggalan maka mundurlah serba serbi,
Begitu juga kehidupan.
Yang akan terus bergerak.

Aku dan Masalah.


Mendongak ke langit melihat akan kebesaran tuhan,
timbul rasa insaf betapa kecilnya aku jika bandingkan dengan alam ini,
begitu juga aku dan masalah, masalah aku masih kecil jika dibandingkan dengan manusia lain,
teruskanlah walaupun pahit
teruskanlah tersenyum walaupun hati dipahat luka

Monday 15 April 2013

Mati Hidup Kembali

Dalam keterpaksaan aku memaksa jua tubuh ini memerah kepenatan,
mengagahkan diri untuk terus berlari terus berjuang.
terkebil-kebil mata ku menyepet mahu dilelapkan,
fungsi tubuh seakan hilang sementara,
akal fikiran kepenatan tidak berfungsi idea,
seakan-akan lumpuh. seakan-akan menghilang.
seakan-akan 

Mati.

-semoga datang lah lena untuk aku hidup keesokkan hari.

  

Wednesday 27 March 2013

RASA

kepalatan, kebangsatan, celakaan.
malam ini bergabung perasaan dengan.

aku.