Monday 15 October 2012

Aku, Sekarang dan Masa Lalu

Aku bertanya kepada diri aku sendiri. Jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu dan jadi sebagai diri aku sendiri dengan akal, minda, pendirian dan roh yang aku sedia ada sekarang, apa yang akan aku lakukan ketika itu? Patutkah aku mengubah nasib aku ketika itu? Patutkah aku matang ketika itu? Patutkah aku belajar bersungguh-sungguh ketika itu? Patutkah aku lebih berdikari ketika itu? Persoalan itu dan ini bermain di fikiran aku, patutkah? haruskah? Kenapa aku pernah gagal dulu? Kenapa aku lalai dulu? Kenapa aku itu? Kenapa aku ini? Kenapa?! Perlu kiranya aku ubah sendiri pendirian aku dari sekarang. Jika aku ubah masa lalu aku, apa yang akan jadi kepada aku nanti? Terang atau Gelap ?

*sejujurnya aku sebak memikirkan aku yang dulu...

2 comments:

  1. kau yang dulu mengajar kau yang sekarang untuk segalanya lebih. :)

    ReplyDelete
  2. jika tidak kerana aku yang dulu, mungkin aku tidak begini sekarang, mungkin aku tidak mengenali apa itu puisi, semuanya indah bagi ku :)

    ReplyDelete