Thursday 11 October 2012

"lelaki di depan cermin"

Termenung, membisu, buntu ...
Kesian aku melihat wajah lesu seorang lelaki dihadapan cermin ini,
Kesedihan terpancar di wajah tak terluah,
Matanya merah menahan menangisnya,
Mulutnya kelu seribu bahasa.
Genggam tangannya menahan rasa,

Aku cuba hampiri lelaki ini, 
dan cuba menenangkannya,
Dia mula menceritakan apa yang telah berlaku,
Dia meluahkan rasa kecewanya.
Dikecewakan oleh seorang perempuan,

Setelah dia berjanji mahu meninggalkan kelalaian dunia,
Semata-mata mahu berubah bersama perempuan itu ke jalan Tuhan,
Malangnya perempuan itu pula berpaling muka bersama lelaki lain,

Bagi aku itu adalah perubahan paling mulia seorang lelaki kepada buah hatinya,
Malangnya dipermainkan.
Makin parah aku rasa. 

Mukanya merah menahan perasaan,
Air mata mula membasahi pipi,
Suara serak menahan kecewa,
Tangannya menggeletar tak keruan,
Dengan sedayanya dia meluahkan segala yang terbuku dihati .

Rasa kecewa ditinggalkan oleh seorang perempuan,
Hatinya seperti dihiris, dipahat luka.

Aku mengerti tentang kepedihannya,
Kerana aku pernah menghadapinya,
Atau lebih tepat sedang menghadapinya
Kerana lelaki didepan cermin itu adalah

Aku.

2012.

2 comments: