Thursday 8 November 2012

kalau boleh?


masalah dan bermasalah
aku kalah untuk menghadapi masalah,
bimbang, resah, gelisah mula membelenggu,
jiwa mula memberontak,
memberontak tidak berotak,
terpekik terlolong,
tiada siapa yang tolong,
fikiran mula berkecamuk,
hati mula remuk,

ingin saja aku lari dari masalah,
tetapi bagaimana? dimana?
ingin saja aku terbang tinggi,
lupakan segala masalah,
melihat keindahan alam dari atas,
semuanya kecil seperti semut,
aku mula lupa akan masalah,
jika diberi peluang,
aku tidak mahu untuk kembali lagi,
kembali menghadap hirisan duniawi!

2 comments:

  1. nyatakanlah duniamu menghadap realiti
    biar setimbun mana masalah mendatang
    kau betah memasak tubuhmu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh aku tidak sanggup terusan menghadapi masalah

      Delete