Monday 12 November 2012

kita semua sama



termenung seketika,
menunggu sesuatu yang tiada pastinya,
sunyi sejenak, sesekali titisan air
memecah sepi.
aku kebosanan lalu melangkah
pergi meninggalkan kebuntuan ku tadi,
mengatur langkah kiri dan kanan.
tiada tujuan, tiada keruan.
dimana berhentinya, disitulah aku
fikiran masih dibelenggu kekosongan.


malangnya aku bukan perokok untuk mengepam
asap keresahan dan menghembus nafas kenikmatan
mungkin itulah kepuasan bagi si perokok.
jadi aku duduk termenung sekali lagi,
memerhatikan saudara sehamba dengan ku yang terkejar-kejar ke sana dan sini,
mengejar masa, mengejar waktu.
tanpa mengira agama, bangsa dan politik.
masing-masing dengan perihal mereka,
aku masih disitu.


dari tepi memerhatikan gelagat mereka,
walaupun mempunyai nasib berbeza,
walaupun pegangan yang berbeza,
walaupun pendapat yang berbeza,
baru aku sedar,
mereka adalah sama, sama seperti ku
tiada perbezaan pun dengan ku,
perbezaan itu dan ini cuba label manusia
kerana kita semua adalah hamba kepadaNya.


*13/11/2012 bersyukur aku masih bernafas hari  ini

No comments:

Post a Comment